Dengan Lafaz 'bismillahhi rahman nir rahim, Ya Allah, aku berdoa semoga diberkati oleh Mu, ya Allah. Semoga dengan berkat dari-Mu, ya Allah, Online Shop ini akan berjaya, dan aku boleh menjual barang yang terbaik untuk pelangganku dan dengan harapan juga mereka berpuas hati dengan barang yang dibeli. Amin'

Mintak tolong boleh?

Sesiapa yang baca blog ni atau mana-mana bahagian yang disukai. Kalau boleh tolong tekan/click kat bahagian (+1).
Boleh ye...thanks!

Saturday 10 November 2012

Alpha Lipid SD II (2) RM145.00 amat murah

Hey ya! Lama kan tak post apa-apa kat sini?
Ops... assalamualaikum everybody!
Okey saya nak jual Alpha Lipid SD II dengan harga paling murah awak boleh jumpa RM145.00 sahaja. er tapi tak termasuk post la ya.
Penghantaran/pengambilan dalam 2-3 hari selepas permintaan. tak termasuk hari cuti tau. kalau tanya hari cuti lambat la sampainya.
Tapi saya lagi mengalu-alukan orang yang tinggal kat kelantan yang beli. Sebab boleh dapat ambil terus dengan saya.
Dah baca info pasal Alpha Lipid SD II ke?
Okey awak boleh baca kat blog lain dulu. Pastu beli dengan saya. hehe boleh cengitu? Sebab saya malas nak cari info pasal Alpha Lipid SD II dan tampal kat sini.
Yang best sangat saya dah turun 9kg. hehe. saya makan 2tin saja.
1Tin untuk 1 minggu. 2 scoops sekali minum(dah ada scoop  dalam tin macam susu bayi). 4x sehari.
Cuma kena bertahan dengan pantang larang dia je la yang seksa sikit.

Er... tapi kan... kalau anda ada masalah penghadaman iaitu susah nak membuang air besar, sila ambil Total Clense(TC) bawah syarikat LENO. yang tu memang power menjadi. hehe. Saya guna Alpha Lipid(AL) dengan Total Clense. TC ni kalau time offer RM28 je untuk 30 sachets iaitu untuk sebulan makan. 1x sehari sahaja. Kalau tak, RM 58. Saya beli 6kotak masa offer ari tu.
Nak jadi ahli leno kena bayar RM30 setiap tahun. Tapi kalau boleh pinjam kad ahli kawan je. Nak pinjam kat saya? hehe boleh...boleh.
TC diminum sebelum tidur atau 3jam selepas makan malam, which means kalau korang makan AL dalam sejam pun boleh dah nak minum TC.
Elok minum 3 jam selepas makan malam. Perut tak memulas/sakit langsung. Pagi terus boleh buang air besar.(sejak  dah berhenti makan AL, saya minum 2-3 jam selepas makan malam.)
********************************
Ok Ok saya bagitau cara saya diet dengan Alpha Lipid SD2 ni:
  • Goncang/shake dengan air masak biasa, tak leh dengan air panas. Tak pun yang gemar dengan ais/air batu, ya! anda boleh shake dengan ais. sebab soya dia pekat sangat. hehe.
  • Kesimpulan keseluruhan isi di bawah ni adalah anda tidak dibenarkan makan karbohidrat langsung. Anda diminta makan protein sahaja. so sila tambah stok makanan ayam, daging, telur dalam peti.
  • Saya tak galakkan daging burger, fishball, fishcake atau apa sahaja yang berkaitan dengan stimboat sebab dia dah ada tambah tepung dan MSG. Kalau tak nak rambut gugur atau berat tak turun atau kurang turun, sila elak benda cengini.
  • Elakkan atau kurangkan garam sebab garam adalah bahan terbaik untuk perangkap air dalam tubuh. Korang kalau makan garam atau MSG kan boleh buat rasa dahaga. Tak caya, try makan maggi, grenti banyak minum air.  Pastu bukan nak buang air pun sebab air dah terperangkap dalam badan sebab badan banyak garam.
  • Jangan kasi perut lapar. Mesti ada stok makanan protein tau.
  • Guna lada hitam atau black pepper dalam masakan. Pembakar lemak jugak ni.
  • Perencah mayonise, sos black papper, sos cili yang dijual tak dibenarkan sebab ada gula.
  • Tidak boleh makan buah sebab ada gula dalam buah which means it is carbohydrate.

PAGI:
-minum SDII dulu sebelum makan benda lain.seelok-eloknya 10minit sebelum makan makanan lain.
-pagi tu, makan telur je, suka hati anda nak goreng atau rebus.
-tak pun makan ayam.
TENGAHARI:
-pun sama
-minum SDII dulu sebelum makan benda lain.seelok-eloknya 10minit sebelum makan makanan lain.
-makan makanan berunsur protein iaitu ayam, telur atau daging je, suka hati anda nak goreng atau rebus.
PETANG:
- makan pukul 5-6 petang.
-minum SDII dulu sebelum makan benda lain.seelok-eloknya 10minit sebelum makan makanan lain.
-makan makanan berunsur protein iaitu ayam, telur atau daging je, suka hati anda nak goreng atau rebus.
MALAM:
-dalam pukul 8-9 malam minum sekali lagi. kadang-kadang saya tersasul sampai pukul 10-11 malam.
-makan telur pun boleh sebab nak tidur dah pun.

Sangat boring kan makanan dia? saya cuma tahan 2minggu sahaja. takleh nak telan dah. nak jugak makan sos and curry. hehe.

Saturday 7 January 2012

Jual periuk Crocodile Limited Brand set 9 bertangkai

Ada yang bertanya pasal periuk Crocodile Limited Brand set 9 bertangkai. Ok, ada jual jugak. Cuma kebanyakkan orang suka ambil set 6 je sebab tu promosi periuk set 9 ni kurang sikit.

periuk crocodile limited brand set 9 bertangkai
Harga dia: RM 165
Periuk Set 9: start dengan saiz 16cm,18cm, 20cm, 22cm, 24cm, 26cm, 28cm, 30cm dan 32cm (Saiz periuk adalah berdasarkan diameter periuk)
Jenama crocodile limited brand, original dari thailand ya.

HARGA/PRICE: RM165 (tak termasuk kos penghantaran)
NAMA ITEM: PERIUK JENAMA CROCODILE SET9 BERTANGKAI (PERIUK 9+ TUDUNG PERIUK 9)
KOD ITEM: PC6TT 003

(tak pun korang message je saya, cakap nak periuk crocodile set 9 bertangkai kalau malas nak letak kod). Sebenarnya lagi mudah message je. tulis je nak 'periuk set 9 bertangkai' sebab saya tak jual jenama lain pun.