Dengan Lafaz 'bismillahhi rahman nir rahim, Ya Allah, aku berdoa semoga diberkati oleh Mu, ya Allah. Semoga dengan berkat dari-Mu, ya Allah, Online Shop ini akan berjaya, dan aku boleh menjual barang yang terbaik untuk pelangganku dan dengan harapan juga mereka berpuas hati dengan barang yang dibeli. Amin'

Mintak tolong boleh?

Sesiapa yang baca blog ni atau mana-mana bahagian yang disukai. Kalau boleh tolong tekan/click kat bahagian (+1).
Boleh ye...thanks!

Thursday 2 June 2011

Batik Sutera Crepe ada Berlian harga murah RM330 diskaun jadi RM310!

peminat hijau seperti saya? cuba lah milikinya..
ni la kain batik sutera crepe berlian gabungan bermacam jenis warna hijau lembut harga RM340 termasuk penghantaran. kalau nak tengok lebih dekat, roll ke bawah, dan kalau tak puas hati dengan saiz gambar, klik je 2kali kat gambar tu.

Okey saya pun nak jual BATIK jugak. Seperti yang dah saya cakap, saya nak jual macam-macam kat sini. Asal benda tu berkenan di hati saya. Saya akan beli dan promote kat sini.
TIPS TENTANG KAIN BATIK SUTERA
Hari ni saya nak jual Batik Sutera Crepe yang ada berlian. Untuk pengetahuan semua pembeli atau bakal pemakai batik....Batik Sutera Crepe agak mahal berbanding daripada Batik Sutera Jaquard. kerana kainnya lebih baik atau bermutu tinggi.
Kalau yang berlian memang harga mahal sangat. Tapi amat cantik dipakai..kan...kan..hehehe.
Ia juga perlu dilihat pada corak lukisan batik yang terletak pada kain tersebut yang menentukan harganya. Kalau corak terbaru, harganya mahal.
Ataupun penggunaan warna yang banyak pada kain batik tersebut. Tidak kiralah jika warna tanahnya berwarna putih. Tetapi perlu dilihat kepada warna bunga, cara warna digabungkan pada bunga/lukisan batik itu.


Ini Batik Sutera Crepe Berlian yang saya jual:
Untuk melihat lebih jelas, sila besarkan dengan klik 2kali pada kain tersebut kerana gambar tersebut bersaiz besar.
HARGA/PRICE: RM330 update harga pada 17 Oktober 2011 menjadikan harga sekarang RM310(termasuk dengan kos penghantaran poslaju)
NAMA ITEM: BATIK SUTERA CREPE TABURAN KRISTAL SWAROWSKY WARNA HIJAU LEMBUT
KOD ITEM: BSCB 001
UKURAN KAIN: 4METER
STATUS: SOLD/SUDAH DIJUAL
KUANTITI: 1
KEGUNAAN: cadangan oleh saya ialah untuk dibuat pakaian seperti baju kurung, baju kurung moden boleh pakai pada hari Khamis bagi pekerja kerajaan, dinner (berlip-lap-lip-lap), hadiah hantaran kahwin, hadiah hari lahir, hadiah ulangtahun perkahwinan. dsb (dan sebagainya)
TIPS PENJAGAAN/CAUTION: 1. Jangan cuci kain batik sutera anda dengan mesin basuh ia boleh menyebabkan berlian tercabut ataupun kain mudah rosak.(kain mahal ni, manja sikit, so kena la jaga dengan baik, kalau tak rugi la beli mahal-mahal)
2. Gunakan pelembut kain pada kadar yang sedikit sahaja. Sebaiknya gunakan shower gel ataupun syampoo.
3. Jangan perah kain batik sutera, seeloknya terus dijemur apabila selesai membilas.
4. Gunakan kain yang lain untuk mengalas kain batik sutera anda apabila diseterika.
5. Lipat dengan cermat selepas dibasuh. Jangan biarkan batik anda terbiar terlalu lama setelah selesai dicuci.
 warna hijau lembut pucuk pisang, yang garisan terang tu pulak hijau lumut tapi sikit lembut. daun berwarna soft brown.


 corak keseluruhan kain batik sutera crepe bahagian hadapan baju kurung, baju kurung moden atau apa saja baju yang bakal dijahit.


 ini punya pencahayaan kurang supaya batu tu nampak bersinar dan menimbulkan warna bunga.


 warna sebenar kain adalah seperti gambar diatas ini.


 corak bunga pada kain batik sutera crepe


 berlian putih bersaiz besar yang ditabur pada bunga kelihatan bergemerlapan menampakkannya seolah-olah berwarna-warni.


warna asalnya, berlian berlip-lap-lip-lap, keseluruhan bunga pada baju.

No comments:

Post a Comment