Dengan Lafaz 'bismillahhi rahman nir rahim, Ya Allah, aku berdoa semoga diberkati oleh Mu, ya Allah. Semoga dengan berkat dari-Mu, ya Allah, Online Shop ini akan berjaya, dan aku boleh menjual barang yang terbaik untuk pelangganku dan dengan harapan juga mereka berpuas hati dengan barang yang dibeli. Amin'

Mintak tolong boleh?

Sesiapa yang baca blog ni atau mana-mana bahagian yang disukai. Kalau boleh tolong tekan/click kat bahagian (+1).
Boleh ye...thanks!

Thursday 2 June 2011

Batik Sutera Crepe ada Berlian harga murah RM330! diskaun jadi RM310 warna biru lembut

Peminat warna biru lembut boleh lah cuba dapatkan kain ini...
warna biru lembut, bahagian kaki berwarna ungu lembut (gambar ini kurang pencahayaan), bunga gabungan biru terang, ungu,navy blue,gold, white, pink terang, hitam kelabu.

Untuk melihat lebih jelas, sila besarkan dengan klik 2kali pada kain tersebut kerana gambar tersebut bersaiz besar.

HARGA/PRICE: RM330 update harga pada 17 Oktober 2011 menjadikan harga sekarang RM310(termasuk dengan kos penghantaran poslaju)
NAMA ITEM: BATIK SUTERA CREPE TABURAN KRISTAL SWAROWSKY WARNA BIRU LEMBUT
KOD ITEM: BSCB 002
UKURAN KAIN: 4METER
STATUS : ADA/AVAILABLE 
KUANTITI: 1
KEGUNAAN: untuk baju kurung, baju kurung moden boleh pakai pada hari Khamis bagi pekerja kerajaan, dinner (berlip-lap-lip-lap), hadiah hantaran kahwin, hadiah hari lahir, hadiah ulangtahun perkahwinan. dsb (dan sebagainya)
TIPS PENJAGAAN/CAUTION: 
Jangan cuci kain batik sutera anda dengan mesin basuh ia boleh menyebabkan berlian tercabut ataupun kain mudah rosak.(kain mahal ni, manja sikit, so kena la jaga dengan baik, kalau tak rugi la beli mahal-mahal)
Gunakan pelembut kain pada kadar yang sedikit sahaja. Sebaiknya gunakan shower gel ataupun syampoo.
Jangan perah kain batik sutera, seeloknya terus dijemur apabila selesai membilas.
Gunakan kain yang lain untuk mengalas kain batik sutera anda apabila diseterika.
Lipat dengan cermat selepas dibasuh. Jangan biarkan batik anda terbiar terlalu lama setelah selesai dicuci.
 warna soft blue sebagai warna tanah/latar and soft purple dibahagian kaki kain begitu menarik 

 corak yang seperti bayang-bayang adalah corak bunga yang terdapat pada kain bahagian belakang kerana kain ini telah dilipat.

 corak bila ia berada dalam kedudukan untuk baju. Corak sebegini dikenali juga sebagai batik corak butik kerana bunga menjalar di bahagian tepi  sebelah bahu saja, bukan pada kedua-dua belah bahu.

 warna berkilau berlian


ini adalah warna sebenar kain batik sutera crepe ini

No comments:

Post a Comment