Dengan Lafaz 'bismillahhi rahman nir rahim, Ya Allah, aku berdoa semoga diberkati oleh Mu, ya Allah. Semoga dengan berkat dari-Mu, ya Allah, Online Shop ini akan berjaya, dan aku boleh menjual barang yang terbaik untuk pelangganku dan dengan harapan juga mereka berpuas hati dengan barang yang dibeli. Amin'

Mintak tolong boleh?

Sesiapa yang baca blog ni atau mana-mana bahagian yang disukai. Kalau boleh tolong tekan/click kat bahagian (+1).
Boleh ye...thanks!

Thursday 2 June 2011

Kain sepasang jenis nipis corak silver hitam

Kain pasang. Bahagian baju; nipis, warna hitam corak bunga silver.
Bahagian kain sarung; kain warna silver/perak

Untuk melihat lebih jelas, sila besarkan dengan klik 2kali pada kain tersebut kerana gambar tersebut bersaiz besar.
HARGA/PRICE: RM100 (termasuk dengan kos penghantaran poslaju)
NAMA ITEM: KAIN CETAK BUNGA SILVER
KOD ITEM: BCBS 001
UKURAN KAIN: 4METER (2METER KAIN SARUNG, 2 METER BAJU)
KUANTITI: 1
STATUS: ADA/AVAILABLE 
KEGUNAAN: untuk dipakai di hari pertunangan(tak digalakkan dipakai pada pertunangan orang lain kerana anda akan kelihatan lebih menyerlah hehehe): baju kurung, baju kurung, moden,kebaya, dinner (berlip-lap-lip-lap), hadiah hantaran kahwin, hadiah hari lahir, hadiah ulangtahun perkahwinan. dsb (dan sebagainya)
TIPS PENJAGAAN/CAUTION: 
Jangan cuci kain ini dengan mesin basuh ia boleh menyebabkan kain mudah rosak.(kain mahal ni, manja sikit, so kena la jaga dengan baik, kalau tak rugi la beli mahal-mahal)
Gunakan pelembut kain pada kadar yang sedikit sahaja. Sebaiknya gunakan shower gel ataupun syampoo.
Jangan perah kain ini, seeloknya terus dijemur apabila selesai membilas.
Gunakan kain yang lain untuk mengalas kain ini apabila diseterika.
Lipat dengan cermat selepas dibasuh. Jangan biarkan ia terbiar terlalu lama setelah selesai dicuci.

corak dan warna yang ada dikedai kain tersebut

 corak kain pasang yang saya jual di online, kerana warna silver kelihatan lebih exclusive, elegant. Cuma ada sepasang sahaja ye.


corak rangkaian bentuk LOVE pada kain. warna yang ada adalah warna biru berkilat, emas dan silver.

 bentuk rangkaian LOVE yang kurang jelas(maafkan saya yang tak pandai ambil gambar ye)


No comments:

Post a Comment